Monday, February 15, 2010

Ombak Laut

Baru saja menonton drama 'Ombak Laut' karya Rashid Sibir di TV. Memang jarang tengok TV apatah lagi drama sebegini. Entah macam mana, pada hari baik bulan baik ni, terserampak dengan drama ini yang sedang ditayang. Pelakunnya memanglah saya suka. Emman Manan, Fauziah Nawi, Jalil Hamid. Orang lama le katakan.

Yang pentingnya ketika sedang menonton drama ini saya kedatangan ilham untuk memulakan projek ini. Berjaya ke tidak tak tahu lagi, sebab projek ni agak besar bagi saya. Tapi yang pentingnya, hasrat untuk menjayakan projek ini membara. Memang sudah lama projek sebegini terpendam. Dah berpuluh-puluh tahun. Tak tahu kut mana nak mula.

Ketika menonton 'Ombak Laut' baru saya dapat ilham kut mana nak mula. Saya ucapkan terima kasih kepada Rashid Sibir yang dapat mengetuk perasaan saya sehingga terdorong untuk meneruskan projek ini. Yang menarik perhatian saya ialah mengenai beberapa adegan, babak yang begitu realistik yang ditonjolkan - kampung nelayan, kehidupan kampung nelayan, khenduri di kampung, cara pakaian seorang nelayan, cara nelayan menghisap rokok daun ( Jalil Hamid), pakaian isteri nelayan ( Fauziah Nawi dan Norlia), persedian mengadakan khenduri di kampong, cara menurunkan lembu dari lori ( di kampung ), perbualan orang kampung dll.

Blog ini saya cipta khas untuk menyambung projek yang terbengkalai. Saya mahu meneruskan juga projek ini ( sebelum saya menutup mata ) kerana saya mahu anak cucu ( yang sudah ramai berada di bandar-bandar bukan sahaja dalam negara tetapi ramai juga yang berada di luar negara) tahu dan dapat merasai kehidupan di kampung yang telah kami lalui.

Ini adalah juga merupakan karya semi sejarah. Persiitwa yang akan dipaparkan adalah bermula tahun-tahun 1950an sehinggalah sekarang. Ia merupakan cerita benar. Nama-nama yang akan dipaprkan juga nama sebenar kecuali yang boleh menyinggung dan mengaibkan seseorang.

Saya berdoa ke hadhrat Allah, agar memberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan projek ini.

Masih teringat dan terkenang peristiwa itu.....................


Pak Abu

No comments: