Wednesday, March 12, 2008

Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan

Saudara-saudara sekalian,

Orang tua-tua pernah berkata, “Sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan”

Mungkin Saudara Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya dalam DAP terbuai dengan kemenangan, lantas sudah hilang pertimbangan tentang agenda yang paling penting dihadapan mereka ia itu kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam hal ini Saudara LKS dan kuncu-kuncunya harus berfikiran rasional dan sensitif dalam banyak hal.

Rata-rata komen yang saya baca, semenjak semalam lagi menuding jari ke arah ketidakwarasan LKS dalam menangani isu ini.

LKS perlu mengkaji sejarah negeri Perak - sejarah perjuangan orang Melayu Perak menentang British. Dato Maharajalela sentiasa dlaam ingatan orang-orang Perak.

LKS juga perlu sedar bahawa dia berhadapan dengan Sultan dan Raja Muda yang paling rasional dan amat adil dalam membuat keputusan.

Saya merasakan Saudara LKS dan rakan-rakan masih ada masa dan ruang untuk membuat keputusan dan penentuan. Fikirkan hati dan perasaan rakyat yang terdiri dari Melayu, Cina dan India dan bukan sehelompok kaum sahaja.

Abu Hasan Adam